Sepanjang Pembukaan Pesta Buku 2009

-BOOKSTORE HIJJAZ RECORDS PUBLISHING. IQRA' Bacalah! Di sinilah dunia baru buku anda. Membaca itu dituntut agama & membaca juga lambang budaya bangsa kita. Nantikan buku-buku terbitan kami di sana..

Cepat! Dapatkan buku pilihan anda secara terus dari lamanpenerbit ini

Selain anda mendapatkan buku-buku tersebut di pasaran anda juga boleh membeli buku-buku tersebut di laman penerbit ini dengan harga diskaun 10%.

Dengan emailkan tempahan anda ke email penerbit lamanpenerbithrp@gmail.com dan bank in kan ke akaun (maybank) MOHD FAIZAL OSMAN No. 114271136034 setelah itu emailkan atau faxkan slip bukti bayaran ke no fax: 03-61408285 - Attn: penerbit hrp

-Pihak penerbit akan poskan buku-buku tempahan anda sehari (waktu bekerja) setelah bukti bayaran diterima. (Sebuah buku RM5.00 dikenakan untuk kos penghantaran pos express ke seluruh Malaysia. Singapore dan Brunei RM30 dikenakan. Perhatian! harga yang tertera di kulit buku tidak termasuk kos penghantaran).

Tuesday, August 4, 2009

DAJJAL Mula Mengganas!

Alhamdulillah sambutan yang menggalakan dari penerbitan buku "Membongkar Miteri Dajjal" yang akan diulang cetak tidak lama lagi. Mengikut maklumat dari bahagian jualan dan pemasaran HRSB, tinggal beberapa ratus sahaja lagi stok yang tinggal.. Mudahan dengan sambutan yang menggalakan ini bisa memberi maklumat kepada pembaca agar pentingnya kita mengukuhkan keimanan kita untuk membentingi diri dari FITNAH DAJJAL ini..

Siapakan proksi-proksi DAJJAL? Anda dapatkanlah juga gerakan-gerakan ini, dan anda akan temui siapa mereka dan jalan mereka saling berkait untuk memenuhi agenda besar DAJJAL yang kononnya untuk bangkit menjadi sebagai penyelamat DUNIA!


Ramadhan Kareem bakal tiba, DAJJAL dan proksinya akan lena dihimpit duka.. Temui penulis Muhamad Nurani Ma'arif dalam siri kuliah bersiri diruang opis-opis anda.. MEREKA TIDAK LETIH MENYESATKAN KITA! Kita pula jangan biarkan diri dipersenda. Mereka yang sentiasa mempunyai sikap IHSAN bakal bahagia tanpa fitnah.. Siapa yang memiliki sifat IHSAN itu...?

Monday, July 20, 2009

Cara Mudah Memahami Perkataan-Perkataan Al-Quran

SINOPSIS:
“SESUNGGUHNYA Kami menurunkan kitab itu berupa Al-Quran yang dibaca dengan bahasa Arab agar kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya.” Demikianlah firman ALLAH melalui Surah Yusuf; ayat 2. Dalam kehidupan kita selaku umat Islam, sudah semestinya Al-Quran amat berkait rapat dengan tatacara hidup dan undang-undang syariat di muka bumi ALLAH ini. Oleh itu, usaha memahami isi kandungan dan kehendak ajaran ALLAH melalui Al-Quran adalah amat dituntut.


Memahami Al-Quran, dari segala tuntutan dan ajarannya tidak akan terlaksana, sekiranya kita umat Islam tidak mengerti bahasa Arab. Melalui buku ini, penulis menampilkan kaedah yang mudah untuk memahami maksud Al-Quran, sesuai untuk semua peringkat usia. Baik, bagi mereka yang baru mengenali bahasa Arab atau yang masih tidak mengenali bahasa Arab, tetapi berkeinginan untuk belajar bahasa Arab melalui Al-Quran.

Meskipun subjek perbahasannya merangkumi pelajaran Nahw, buku ini turut memuatkan penjelasan tentang perkataan-perkataan yang sering digunakan dalam Al-Quran untuk memudahkan kefahaman umat Islam ketika menelaahnya. Penulis cuba memudahkan pembaca mengenali dan memahami perkataan-perkataan seperti kata nama, kata sendi atau kata huruf dan juga kata kerja. Maksud, fungsi serta fungsi kedudukan baris huruf turut dijelaskan.

Buku ini, amat sesuai dimiliki dan dibaca oleh semua peringkat masyarakat, khususnya mahasiswa, para pendidik, ibubapa dan individu yang ingin mendalami dan memahirkan diri dengan penguasaan bahasa Arab dan penggunaannya di lapangan kehidupan seharian.

Dalamilah bahasa Arab, bahasa Syurga!


Monday, June 22, 2009

Cuba try Cinta


CINTA, suatu lafaz ‘keramat’ yang acap kali khalayak membicarakan tentangnya – dari yang bernama remaja sehinggalah insan-insan yang usianya ditelan senja. Ia diibaratkan hembusan nafas untuk sebuah kehidupan, suatu anugerah kurniaan Ilahi. CINTA, sebahagian naluri insani; ingin berCinta dan diCintai. Tapi, CINTA – tidak selamanya mengarah dan menjurus kepada perilaku seksual semata. Masih ada CINTA lain yang harus kita perhatikan dan dambakan sentiasa – suatu hakikat yang sering dilupakan. Apakah CINTA itu?
Cinta kepada Islam…
Cinta kepada saudara seIslam…
Cinta akan keadilan dan kebenaran…
Itupun, masih banyak bunga-bunga CINTA yang belum dibicarakan, yang terukir indah di bawah naungan CINTA Allah dan Rasul-Nya! Semoga, huraian dan paparan penulis membawa kepada pemahaman CINTA dalam erti kata sebenar – CINTA yang tidak hanya sebatas di bumi, tetapi menerobos ke alam Syurgawi!

Seindah-indah CINTA
adalah CINTA kepada
Penggenggam alam semesta..
Kepada yang Maha Mencinta
yang tiada pernah putus CintaNya
yang kekal CintaNya…
DIAlah ALLAH!
ALLAH yang Maha Agung
Maha Indah, Maha Penyayang
Maha Membela, Maha Mempesona
CINTA kebenaran
CINTA Rasulullah
CINTA semata-mata
kerana ALLAH...

Selamat berCINTA!____________________________________________________________
PERINCIAN BUKU 11 :

Penerbit / Editor Urusan : Mohd Faizal Osman Penulis : ABBAN LO'BOW Ketua Editor : Zuryati Isa Penolong Editor / Pruf : Hafiz Fandani Rekaletak / Aturhuruf Dalaman : Siti Bashah Amin Konsep Kulit Buku : Abaios / Shahriman Rekabentuk Kulit : Fadly Halim / Adi Baharom Muka Surat : 200 Terbitan : Hijjaz Records Publishing Edaran : Marketing Dept. HRSB Tarikh diPasarkan : Julai 2009 Harga Semenanjung : RM17.90 Harga Sabah / Serawak : RM19.90 Harga Singapore / Brunei : $12.00

Wednesday, June 10, 2009

Transformasi 360 darjah Zahir Batin


Segalanya bermula disini.. Tidak lama lagi.. Motivasi bukan lagi Motivasi tetapi Transformasi!!!

Satu trademark berkonsepkan motivasi tetapi bukan lagi motivasi ia 'Transformasi' untuk dihidangkan buat pembaca, Lihat, baca dan bertindak terus untuk diamalkan.. 360 darjah putaran segi Zahir & Batin untuk kesempurnaan hidup seseorang insan.

Kehidupan kita dewasa ini banyak terpengaruh dengan bahan-bahan bacaan disekeliling, ilmu-ilmu yang fositif atau tidak akan mengelirukan kita. Tetapi hati kita tidak boleh menipu, bahan yang mana baik untuk tatapan pilihan kita. apa yang baik semestinya boleh kita amalkan dan yang buruk boleh sahaja kita tinggalkan.. tidak kira daripada buku, surat khabar, internet, risalah-risalah dan pelbagai lagi bahan bacaan yang tiada sempadannya..

Dengan situasi ini penerbit akan membawa anda dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat sebagai panduan hidup melalui konsep Transformasi ini Lihat, baca dan bertindak terus. Bermula dengan buku bertajuk Cuba try Cinta insya Allah akan menemui pembaca supaya mudah diterima sebagai bahan untuk kita membuat perubahan untuk diri sendiri dan secara tidak langsung menterjemahkan kepada kehidupan kita seharian, dan dalil-dalil Hadith juga Al-Quran menjadi sumber pegangan sebagai panduan..

Transformasi tindakan diri insani...

Thursday, May 28, 2009

Membongkar Misteri DAJJAL




Kisah Dajjal telah banyak ditulis orang termasuk karya masyhur, ‘Dajjal Akan Muncul Di Segitiga Bermuda’ tulisan Muhammad Isa Daud, hinggalah karya mutakhir yang mengejutkan banyak pihak, ‘Dajjal Sudah Muncul Dari Khurasan’ karya Abu Fatiah al-Adnani (terbitan penerbit Granada Indonesia). Karya-karya mereka membuka dimensi baru dalam membahaskan perihal Dajjal. Kini, timbul persoalan apakah benar Dajjal tinggal di Segitiga Bermuda atau apakah sahih Sai Baba itu jelmaan Dajjal menurut Abu Fatiah al-Adnani?

Di tangan anda adalah sebuah lagi karya ‘fantastik’ yang membicarakan perihal Dajjal hasil penulisan seorang penulis tempatan. Buku ini cuba menjawab sejauhmana kebenaran fakta Muhammad Isa Daud dan membongkar identiti Dajjal secara in-person. Buku ini akan membawa anda menyingkap rahsia dan misteri dunia yang selama ini terpendam tanpa jawaban, kaitannya dengan Dajjal serta menyelongkar rahsia di sebalik binaan misteri seperti Stonehenge, patung Terracotta dan banyak lagi.

Buku ini juga turut mengupas bagaimana Dajjal merancang konspirasi kemunculannya dalam mencetus Perang Dunia ke-3 dan huru-hara dunia, dengan menggerakkan proksi-proksinya yang terdiri dari Freemasons, Illuminati dan secret society. Di sini dibicarakan fakta yang belum pernah anda ketemui dan dikupas secara tuntas.

Huraian asas disusun berdasarkan rujukan buku ‘Malapetaka Bakal Menimpa Menjelang Akhir Zaman’ karangan Imam Ibnu Kathir (terbitan Darul Fajr yang disemak oleh Ybhg. Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz) dan ‘Kisah Dajjal Dan Turunnya Nabi Isa Membunuhnya” karya Syeikh Muhammad Nashiruddin al-Bani dengan menampilkan hadith-hadith Dajjal yang mutawatir. Bersama puluhan rujukan lain dikemukakan bagi membuktikan bahawa misteri dunia adalah illusi bikinan Dajjal.

Di akhir buku ini, penulis menggariskan persediaan asas bagi menghadapi fitnah terdahsyat yang disebutkan oleh Nabi ShallalLahu ‘alaihi wa sallam. Umat Islam perlu mengetahui betapa bahayanya fitnah Dajjal dan umat Islam tidak harus tertipu, bahkan perlu bersedia dengan mempergiatkan amal Islami, memperkukuhkan jatidiri iman dan menerbitkan rasa ihsan.

Ringkasnya, jangan terlalu mengambil mudah dan berasa kuat untuk menghadapai fitnah Dajjal. Tunggu sehingga anda habis membaca buku ini dahulu. Baru anda akan tahu betapa kita sebenarnya sudah dilingkungi fitnah Dajjal. Pandangan anda terhadap dunia tidak akan sama selepas ini, setelah selesai membacanya.


____________________________________________________________
PERINCIAN BUKU 10 :
Penerbit / Editor Urusan : Mohd Faizal Osman Penulis : Muhammad Nurani Maarif Editor / Pruf / Rekaletak / Aturhuruf Dalaman : Zuryati Isa Konsep Kulit Buku : Abaios/Bert Rekabentuk Kulit : Fadly Halim Muka Surat : 280 bewarna Terbitan : Hijjaz Records Publishing Edaran : Marketing Dept. HRSB Tarikh diPasarkan : Jun 2009 Harga Semenanjung : RM37.90 Harga Sabah / Serawak : RM39.90 Harga Singapore / Brunei : $18.00

Monday, May 25, 2009

Tahniah! Cetakkan ke5 untuk buku Catatan Hati Nik Nur Madihah

Bermula cetakkan pertama 5ribu naskah buku Catatan Hati Nik Nur Madihah - kesusahan bukan penghalang kejayaan! yang habis terjual di Pesta buku Antarabangsa baru-baru ini, kini telah diulang cetak untuk kali ke5. (baru genap sebulan)
Ini merupakan satu kebanggaan HRP dan mungkin juga rezeki buat keluarga Nik Nur Madihah yang baru saja pulang dari Kota Makkah mengerjakan UMRAH bersama Hijjaz Legend Travel & Tours S/B.

Bagi kami ini satu pengalaman yang hebat dan berharga walaupun HRP baru sahaja 6 bulan beroperasi. Semoga dengan harapan, buku terbitan HRP yang seterusnya akan mendapat sambutan yang menggalakkan dari pembaca.
Terima kasih!

Tuesday, April 28, 2009

Gerakan Orientalisme & Kristianisasi - Ancaman Kepada UMMAH!


Sejarah permusuhan dan dendam kaum Yahudi terhadap Islam memang tidak akan tamat. Benarlah firman Allah SWT di dalam Surah Al-Baqarah ayat 120 yang bermaksud : "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka." Pelbagai agenda diatur dengan matlamat utama untuk menghancurkan agama suci ini.

Buku Gerakan Orientalisme & Kristianisasi - Ancaman Kepada Ummah ini adalah kesinambungan judul pertama sebelum ini, Gerakan Freemasonry - Musuh Dalam Menghancurkan Islam. Pada permulaannya, kedua-dua penulis menyatukan ketiga-tiga gerakan ini di dalam satu judul yang sama. Tetapi HRP memutuskan untuk mengasingkan judul tersebut menjadi 2 siri bagi memudahkan pembaca memilikinya.

Sesungguhnya musuh-musuh Islam tidak akan pernah berhenti untuk membawaIslam ke lembah kehancuran. Oleh itu, sebagai muslim yang telah bersaksi bahawa Allah itu Tuhan yang Satu dan Muhammad itu pesuruhNya harus sama-sama memikul tanggungjawab untuk mempertahankan agama ini. Semoga Islam akan terus dijulang tinggi oleh setiap generasi muslim. Amin..

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Akan timbul di akhir zaman nanti golongan yang digelar Rofidoh, mereka menolak Islam (pada hakikatnya) tetapi mereka mendakwa mereka orang islam. Perangilah mereka kerana merekalah sebenarnya golongan musyrikin..”

____________________________________________________________
PERINCIAN BUKU 9 :
Penerbit / Editor urusan : Mohd Faizal Osman | Penulis : Us. Hj. Nik Azran Mohamad & Us. Hj. Mahadi Hj. Isa | Editor / Pruf : Zuryati Isa | Rekaletak / Aturhuruf Dalaman : Siti Amin | Konsep Kulit Buku : Bert/AbaiOs | Rekabentuk : Fadly Halim | Muka Surat : 230 | Terbitan : Hijjaz Records Publishing | Edaran : Marketing Dept. HRSB | Tarikh diPasarkan : Mei 2009 | Harga Semenanjung : RM35.90 | Harga Sabah / Serawak : RM37.90 | Harga Singapore / Brunei : $19.00